Info: Sistem Pemantuan ICT Sekolah, KPM
Posted by admin on Sunday, March 23 @ 09:02:23 PDT (63 reads)
Kepada Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat,
Diminta kerjasama semua PGB untuk mengisi maklumat penggunaan ICT ke dalam "Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia" di sini.Sekian. Terima kasih.
Info: Pertukaran Guru Jun 2008 Secara Online
Posted by admin on Wednesday, March 19 @ 06:22:43 PDT (102 reads)
Maklumat guru telah dimasukkan ke dalam eGTukar sebagai data percubaan
Penyelenggaraan data sebenar guru akan dibuat pada 28 Mac 2008 dan sistem mula dibuka untuk permohonan pertukaran pada 1 April 2008 hingga 28 April 2008bagi Sesi Pertukaran JUN 2008
Senarai Negeri yang boleh membuat pengujian PERAK,SELANGOR,PAHANG,JOHOR,KEDAH, MELAKA,NEGERI SEMBILAN,PULAU PINANG, PERLIS,TERENGGANU,WILAYAH PERSEKUTUAN KL,SABAH
Info: Makcik Pc - Komputer Pertama Buatan Malaysia
Posted by admin on Friday, February 29 @ 00:13:19 PST (60 reads)
Eriyza menulis " Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan
sebuah produk terbaru keluaran Mimos Berhad iaitu komputer pertama
buatan Malaysia pada 30 Nov 2007. Ini adalah julung² kali produk
seumpama ini dikeluarkan oleh negara kita. Komputer ini dinamakan
Makcik PC.
Ramai berpendapat nama yang dipilih agak lucu dan
bersifat kekampungan tetapi penulis percaya ada motif lain di sebalik
nama tersebut. Mungkin jua pemilihan nama tersebut dibuat untuk
kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung.
Info: Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager
Posted by admin on Friday, February 29 @ 00:11:12 PST (50 reads)
Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa
komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager
telah tidak berfungsi.
Hal ini disebabkan oleh sejenis worm
bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo!
Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada
pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi
apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware
terkini.
Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.